A million mils come from 1 step

Sunday, May 2, 2021

Fungsi Akta Pendidikan Dan Kesesuaian Pendidikan Abad-21


Apa itu Akta Pendidikan 1996? Kenapa perlu wujud akta ini?😵 Sama seperti Akta 174 ke? Jom kita tengok mind map dekat bawah
Konsep Akta Pendidikan 1996

Haaa...dah terjawab semua persoalan diminda? Jom tonton video maklumat tambahan....



    Akta Pendidikan 1996 ialah  pembaharuan dari akta pelajaran 1961.  Akta Pendidikan 1996 bertujuan untuk memantapkan sistem Pendidikan kebangsaan untuk generasi akan datang.  Hal ini demikian sejajar dengan cita-cita dan kehendak untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun akta Pendidikan 1996 merupakan salah satu perundangan baru, akan tetapi ia menunjukkan kesinambungan Hasrat dan dasar Pendidikan yang sedia telah sedia ada. Tambahan pula, ianya berpandukan kepada perakuan-perakuan utama Penyataan Razak 1956 yang menjadi asas dasar Pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga sedikit sebanyak mengekalkan peruntukan yang masih sesuai digunakan daripada Akta Pelajar 1961. Penggubalan undang-undang (akta Pendidikan 1996) bertujuan untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai Pendidikan. Oleh itu, akta Pendidikan 1996 memperkenalkan lagi banyak peruntukkan perundangan (legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dalam memenuhi kehendak atau Hasrat wawasan 2020, bagi mengambil kira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

   Fungsi akta Pendidikan 1996 adalah usaha dalam menekankan penggunaan sains dan teknologi dalam Pendidikan. Hal ini demikian kerana,  sejajar dengan abad ke-21, era digital dan teknologi maklumat telah berkembang pesat dan meluas dengan menyaksikan bidang tumpuan utama dalam Pendidikan perlu diselaraskan kepada teknologi dan orientasi pengeluaran serta pasaran. Tambahan pula usaha ini merupakan suatu strategi Pendidikan negara yang baru dikehendaki untuk melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran mengahadapi cabaran baru contohnya lebuhraya maklumat, internet dan pengaruh ruang siber. Justeru, sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan Pendidikan sains dan teknologi, Pendidikan Teknik akan  dipertingkatkan di sekolah menengah Teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartaraf ke sekolah Teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program Kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengandalikan kursus Teknik,vokasional atau program Latihan, termasuk program pertukaran. Matlamatya ialah membantu mewujudkan satu sistem Pendidikan negara yang baru dan boleh menghadapi alaf baru.

     Selain itu, memartabatkan Bahasa melayu sebagai Bahasa kebangsaan merupakan antara fungsi akta Pendidikan 1996. Hal ini demikian kerana,kedudukan Bahasa melayu diperkukuhkan dengan peruntukannya sebagai Bahasa pengantar utama dalam sistem Pendidikan kebangsaan dan mata pelajaran teras. Bahasa melayu menjadi mata pelajaran wajib bagi yang tidak menggunakan Bahasa melayu sebagai Bahasa melayu sebagai Bahasa penghanta, dan Bahasa melayu merupakan matapelajaran wajib lulus dalam peperiksaan pada masa kini. Bahasa kebangsaan iaitu Bahasa melayu di gunakan di setiap sekolah dan dijadikan sebagai Bahasa pengantar sebagai contoh sekolah kebangsaan di Malaysia menggunakan Bahasa pengantaraan dengan sekolah yang lain. Hal ini sejajar dengan kesusaian Pendidikan abad-21. Tambahan pula, setiap sekolah mewajibkan Bahasa melayu sebagai mata pelajaran wajib yang diajar di semua sekolah dan institusi Pendidikan dimalaysia. Hal ini supaya pelajar Malaysia yang berbilang kaum menguasai Bahasa melayu dan boleh bertutur dengan jelas dan difahami. Seksyen 17(2) telah memperuntukkan Bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di sekolah.

     Seterusnya, fungsi akta Pendidikan 1996 adalah menyatupadukan perpaduan kaum di Malaysia. Seperti mana yang kita tahu, Pendidikan di Malaysia melibatkan pelbagai kaum antaranya kaum melayu, kaum india dan kaum cina. Hal ini demikian,sejajar dengan abad ke-21 iaitu salah satu tujuan utama akta Pendidikan 1996 adalah untuk menyatupadukan kaum melalui Pendidikan. Sebagai contoh, akta Pendidikan 1996 telah memperkenalkan kokurikulum keinsanan, menerapkan mata pelajaran pelbagai budaya di semua sekolah dan hapuskan manopoli sesuatu kaum. Tambahan pula, menyadari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-peminpin negara yang terdahulu, akta Pendidikan 1996 telah mengambil kira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah dan juga 60 buah sekolah menengah. Setiap warganegara Malaysia berhak mendapat peluang Pendidikan yang adil dan sama rata tanpa mengira kaum dan budaya. Peluang untuk belajar juga diberi  kepada semua golongan rakyat tanpa mengira latarbelakang sama ada meraka bukan kaum melayu. Namun begitu, terdapat juga sekolah jenis cina dan sekolah jenis tamil yang menerima pelajar yang berkaum melayu untuk mendapatkan Pendidikan di sekolah mereka. Oleh itu, fungsi akta Pendidikan 1996 ini sesuai dengan Pendidikan atau pembelajaran abad ke-21.

      Di samping itu, menitikberatkan ilmu pengetahuan dalam Pendidikan juga merupakan antara fungsi akta Pendidikan 1996. Hal ini demikian kerana, akta Pendidikan 1996 telah menitikberatkan ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara di Malaysia kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan. Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke hingga ke akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun  Sejajar dengan Pendidikan abad ke-21 kerana setiap pelajar perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dan lain-lain. Penubuhan Pendidikan pra sekolah dan juga Pendidikan rendah bertujuan untuk mendapat Pendidikan awal bagi memperolehi ilmu pengetahuan awal kepada mereka. Tambahan pula, Pendidikan awal ini mewujudkan dan meningkatkan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Oleh itu, akta Pendidikan 1996 memainkan akan menitikberatkan ilmu pengetahuan dalam Pendidikan bagi mencapai matlamat selaras dengan Pendidikan abad ke-21.

       Kesimpulannya, kemajuan sesebuah negara bergantung kepada sistem Pendidikan selain daripada kestabilan politik, ekonomi, kebudayaan dan sistem nilai mayarakat. Tanpa Pendidikan yang sempurna dan mantap, akan terhasillah bentuk Pendidikan yang pelbagai corak serta tidak sempurna sifatnya. Oleh yang demikian, negara akan mengalami pelbagai masalah termasuk masalah perpaduan dan pembangunan. Oleh itu, dengan wujudnya akta Pendidikan 1996 ini merupakan panduan untuk negara dalam menyatukan kepelbagaian bentuk dan corak Pendidikan yang seimbang kepada semua masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Fungsi Akta Pendidikan Dan Kesesuaian Pendidikan Abad-21

Apa itu Akta Pendidikan 1996? Kenapa perlu wujud akta ini?😵 Sama seperti Akta 174 ke? Jom kita tengok mind map dekat bawah Konsep Akta Pend...