A million mils come from 1 step

Saturday, May 1, 2021

Peranan Akta Pendidikan 1996 Terhadap Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

Perbezaan antara Akta Pendidikan 1991 dan 1996


       Dalam setiap penyata yang digubal masih ada lagi kelemahan dari segi beberapa perkara yang dihadapi dalam suasana semasa dan dalam kehidupan masyrakat yang berbilang bangsa. Maka Akta Pendidikan 1996 diperkenalkan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam penyata pendidikan sebelum ini. Akta Pendidikan 1996 telah menggariskan beberapa perkara. Antaranya ialah mengutamakan ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa. Tujuan Pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia terutama generasi muda menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang bersaing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

   Seterusnya, peranan Akta Pendidikan 1996 adalah dapat membentuk sistem pendidikan yang sistematik. Konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Sistem pendidikan dimantapkan meliputi semua peringkat persekolahan. Pendidikan khas diberi tumpuan. Akta ini juga menjadikan pendidikan sebagai sebuah alat yang dapat membantu perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu serta mampu membentuk perpaduan rakyat walaupun terdiri daripada pelbagai kaum di samping dapat mewujudkan sebuah negara yang aman dan damai.

     Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial dan kekuatan rohani, moral dan etika melalui kelestarian pendidikan. Kurikulum yang dilaksankan di sekolah mengupayakan murid menguasai pelbagai kemahiran. Kelestarian pendidikan yang meliputi pendidikan teknik, pendidikan khas juga diambil berat dalam sistem pendidikan di Malaysia. Justeru itu, dapat melahirkan murid yang berdaya fikir lestari yang bersikap responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan harian. Selain tu, dapat mempersiapkan murid bagi menghadapi cabaran dan isu semasa di peringkat tempatan, negara dan antarabangsa.

    Selain itu, memelihara hak setiap warganegara untuk mendapatkan peluang pendidikan yang adil dan sama rata tanpa mengira kaum dan budaya. Penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap golongan rakyat bagi memperolehi kejayaan dalam pendidikan tanpa mengira latar belakang ataupun kedudukan mereka sama ada di bandar ataupun luar bandar.

    Akhir sekali, antara peranan Akta Pendidikan 1996 adalah memartabatkan Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu diperkukuh dengan peruntukannya sebagai Bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan dan mata pelajaran teras. Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain Bahasa Kebangsaan, maka Bahasa Kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu selari dengan seksyen 17(2),  memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.

      Kesimpulannya, untuk memastikan peningkatan dalam sistem pendidikan negara dari peringkat sekolah rendah hinggakan keperingkat sekolah menengah setiap pihak perlulah memainkan peranan. Peranan kerajaan sangat penting dalam memastikan sistem pendidikan mempunyai kualiti sejajar dengan kemajuan yang diperolehi negara pada masa kini. Melalui Akta Pendidikan 1996 sistem pendidikan di Malaysia kini mengalami pengurusan yang sangat sempurna dan mampu meningkatkan kualiti pembelajaran para pelajar.


     
 
Penambahbaikan Sistem Pendidikan Negara melalui benchmark antarabangsa? Adakah ia berhasil? Mari kita lihat video di atas

No comments:

Post a Comment

Fungsi Akta Pendidikan Dan Kesesuaian Pendidikan Abad-21

Apa itu Akta Pendidikan 1996? Kenapa perlu wujud akta ini?😵 Sama seperti Akta 174 ke? Jom kita tengok mind map dekat bawah Konsep Akta Pend...