A million mils come from 1 step

Saturday, May 1, 2021

Implikasi Akta Pendidikan 1996 Terhadap Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

Kesan Positif

      Implikasi positif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan Pendidikan di Malaysia ialah berlaku perluasan sistem Pendidikan swasta terutamaya di peringkat tinggi. Pendidikan swasta ditubuhkan bagi menampung bilangan pelajar yang layak menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan dapat kurangkan aliran wang keluar. Antara contoh pendidikan swasta yang ditubuhkan ialah Universiti Multimedia dan Universiti Teknologi Petronas yang memberi peluang kepada rakyat untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai peringkat. Pendidikan ini terus berkembang secara sistematik dengan memperuntukan wang yang spesifik. Hal ini bertujuan untuk membantu melahirkan insan yang berilmu dan berupaya memajukan kehidupan yang memenuhi aspirasi negara.

    Seterusnya, pendidikan khas mula diberi perhatian juga adalah implikasi positif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Pendidikan khas diberi tumpuan bagi membantu meningkatkan potensi diri, keyakinan diri, kemahiran diri dan keupayaan untuk berdikari dalam kalangan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan memberi peruntukkan khas kepada golongan ini. Bukan itu sahaja, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengambil langkah cekap untuk menyediakan sekolah yang sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut seperti Sekolah Pendidikan Khas dan Pendidikan Inklusif. Dengan adanya pendidikan khas ini turut membantu mengeratkan hubungan dan komunikasi antara kaum Melayu, Cina, India dan bumiputra lain.

    Selain itu, pihak kementerian pendidikan Malaysia turut mewujudkan Pendidikan prasekolah awal kanak-kanak bagi warganegara yang berumur enam tahun. Pada tahun 2003, kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan dan telah ditukar kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Pendidikan ini diwajibkan menggunakan garis panduan kurikulum prasekolah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan pendidikan ini berjalan dengan lancar, memelihara hak asasi kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran kanak-kanak seperti membaca, mengira dan menulis serta menanam nilai positif dalam diri mereka. Antara Pendidikan prasekolah yang mendapat pengiktirafan KPM ialah KEMAS, PASTI dan PERMATA.

   Disamping itu, implikasi positif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia menyebabkan pendidikan teknik dipertingkatkan. Pihak kerajaan tertumpu kepada meningkatkan kemahiran dan praktikal dengan membolehkan politeknik mengadakan program dengan kerjasama mana-mana institusi, perbadanan dan organisasi perindustrian. Mengadakan program berkembar kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi sama ada di dalam dan luar negara serta lebih cenderung kepada pendidikan sains dan teknologi bagi memenuhi tenaga kerja dalam industri.

Kesan Negatif

  Menjadikan pendidikan sebagai suatu perniagaan ialah implikasi negatif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Pihak swasta yang telah menjadikan pendidikan sebagai perniagaan dengan melabur untuk mendapat keuntungan dengan mengenakan bayaran tinggi kepada ibu bapa yang hendak mendaftar anak mereka. Sebagai contoh, mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RM1,000 hingga RM 2,000 manakala yuran IPTS mengenakan RM 50,000 hingga RM200,000. Dengan jumlah yuran yang telah ditetapkan dapat disumpulkan bahawa pihak ini menjadikan pendidikan sebagai perniagaan untuk memperoleh keuntungan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengenakan kawalan yuran di institusi pendidikan swasta, memperluaskan pendidikan percuma dan menubuhkan banyak bangunan wakaf agar semua golongan berhak pendapat pendidikan.

    Selain itu, menyukarkan pembentukan bangsa Malaysia juga adalah implikasi positif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, penggunaan bahasa inggeris dan bahasa ibunda semakin banyak digunakan dalam kalangan masyarakat sehingga meminggirkan martabat bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Keadaan ini menyebabkan bangsa Malaysia sukar untuk dibentuk di negara ini. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menguatkuasakan lagi penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi dan memperkenalkan subjek silang budaya. Hal ini bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu agar terus berkembang di mata dunia.

   Tambahan pula, implikasi negatif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia menyebabkan penswastaan pendidikan berlaku. Pendidikan bukan lagi sepenuhnya di bawah kerajaan kecuali sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Keadaan ini juga menyebabkan standard kurikulum di Malaysia tidak sama dan taraf pendidikan juga berbeza serta pelajar menduduki jenis peperiksaan berbeza. Sebagai contoh,penubuhan tadika swasta, sekolah swasta, sekolah antarabangsaa, pusat latihan kemahiran swasta, kolej swasta dan Institusi Pendidikan tinggi swasta(IPTS). Dengan itu, pihak kerajaan telah membuat kawalan terhadap institusi swasta dan memperluaskan peranan kerajaan dan majikan untuk membangunkan pendidikan percuma.

     Akhir sekali, berlaku pengangguran dalam kalangan masyarakat. Pengangguran tinggi disebabkan persaingan yang sengit antara pelajar yang mendapat pendidikan. Pihak kerajaan perlu memperbanyakkan program pendidikan yang menawarkan kursus pragraduan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Bukan itu sahaja, penggunaan bahasa asing semakin berluasan kerana sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat mengekalkan penggunaan bahasa asing dalam sistem pembelajaran mereka. Bagi mengatasi perkara ini, KPM telah mewajibkan Bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran yang perlu dipelajari di semua pusat pendidikan swasta.

Implikasi Akta Pendidikan 1996

No comments:

Post a Comment

Fungsi Akta Pendidikan Dan Kesesuaian Pendidikan Abad-21

Apa itu Akta Pendidikan 1996? Kenapa perlu wujud akta ini?😵 Sama seperti Akta 174 ke? Jom kita tengok mind map dekat bawah Konsep Akta Pend...