Untuk menjadikan Pendidikan di negara
menjadi lebih baik Akta Pendidikan 1996 telah digubal dan telah
diluluskan oleh Yang Di-pertuan Agong pada Ketika itu sebagai
Undang-undang pendidkan di negara kita yang baharu mengantikan Akta Pelajaran
1961. Namun sehingga kini masih terdapat pelbagai cabaran yang perlu kita
hadapi dalam pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 ini.
Antaranya
cabaran yang kita hadapi adalah dalam pengurusan sumber manusia kerana
berlaku isu ketidakseimbangan jantina dalam pencapaian akademik di negara kita.
Kita melihat unjuran yang berlaku pada hari ini dimana golongan wanita lebih
mendominasi Insitusi Pendidkan Tinggi dibandingkan dengan golongan lelaki yang
lebih gamar untuk terus berkerja setelah menamatkan persekolah di peringkat
menengah. Ini terbukti dengan statistik pada tahun 2017 ke IPTA yang
dikeluarkan oleh Astro Awani pada 13 Disember 2018.
Selain itu, perubahan minda
rakyat Malaysia yang masih melihat pendidkan ini sebagai satu alat
untuk mendapatkan pekerjaan dan jawatan dan pada akhirnya pendidkan di negara
kita masih gagal mengeluarkan graduan yang mampu untuk berdikari dalam
mencipta peluang pekerjaan. Kesan yang kita dapat lihat pada hari ini adalah
penganguran dalam graduan sangatlah tinggi di negara kita. Menurut Jabatan
Perangkaan Malaysia graduan yang mengangur pada tahun 2018 bilangan siswazah
menganggur pada 2018 adalah seramai 162.0 ribu orang, meningkat 4.6 peratus
daripada 2017 (154.9 ribu orang). Ini adalah statistik yang dikeluarkan oleh
Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2018 yang melibatkan graduan dalam semua
bidang di Malaysia.
Seterusnya, sumber kewangan yang
masih tidak mencukupi untuk menjadikan pendidkan di nagara maju dan
lebih kondusif . Walaupun pendidikan menerima peruntukan terbesar
daripada Parlimen setiap kali Bentangan Bajet Belanjawan iaitu
antara 18-22 peratus tetapi dilihat masih lagi belum mengcukupi. Contoh yang paling
mudah dilihat pada hari ini adalah apabila Ketika negara sedang menghadapi
pendemik Covid-19 dimana pembelajaran secara dalam talian menjadi pilihan utama
berbanding secara bersemuka namun atas faktor kekurangan dana pihak kementerian
masih belum bersedia untuk menyediakan alatan pembelajaran seperti tablet dan
laptop kepada pelajar terutama kepada pelajar-pelajar yang berada
dikawasan pendalaman.
Cabaran lain yang
dihadapi untuk melaksanakan akta ini adalah menjadikan bahasa melayu
sebagai bahasa pengatar. Walaupun setelah 64 tahun Malaysia merdeka dan 44
tahun perlaksanaan sepenuhnya dasar Bahasa Melayu telah menerima tamparan
hebat apabila Akta Institusi Pengajian 1996 dan Akta Institusi Pengajian Tinggi
Swasta telah dilususkan dimana Bahasa Inggeris dibenarkan digunakan sebagai
bahasa pengantar dimana-mana insitusi Pengajian Tinggi. Sepatutnya Bahasa
Kebangsaan mestilah menjadi bahasa pengantar di semua insitusi pendidikan
didalam langkah kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan .
Cabaran yang terakhir dapat kita lihat
adalah isu perpaduan kaum di negara kita. Kita sedia maklum
bahasa masyarakat di negara kita adalah masyarakat yang majmuk yang terdiri
daripada pelbagai suku kaum dan bangsa. Maka salah satu tujuan Akta
Pendidkan digubal adalah untuk penyatukan semua kaum di Malaysia melalui
Pendidikan. Namun sehingga hari ini masih ada tanda-tanda kelemahan dan
hubungan kaum di Malaysia . Kita dapat melihat apabila setiap kaum masih dengan
sikap kaum masing-masing kerana masih mengekalkan identiti kaum sendiri dan
apabila Pendidikan masih mengikut kaum apabila dilihat pada hari ini kaum
cina lebih maju dalam bidang pendidkan di banding kaum melayu.
Kesimpulannya, walaupun kita menghadapi pelbagai kesukaran dan cabaran dalam melaksanakan Akta Pendidkan 1996 ini tetap kita percaya pihak kerajaan pasti akan memperkenalkan seribu satu cara untuk kita mengatasi semua cabaran-cabaran ini pada masa akan datang.
Eh sekejap belum habis lagi... sabar yeee...Yang terakhir adalah rumusan
No comments:
Post a Comment