A million mils come from 1 step

Sunday, May 2, 2021

Fungsi Akta Pendidikan Dan Kesesuaian Pendidikan Abad-21


Apa itu Akta Pendidikan 1996? Kenapa perlu wujud akta ini?😵 Sama seperti Akta 174 ke? Jom kita tengok mind map dekat bawah
Konsep Akta Pendidikan 1996

Haaa...dah terjawab semua persoalan diminda? Jom tonton video maklumat tambahan....



    Akta Pendidikan 1996 ialah  pembaharuan dari akta pelajaran 1961.  Akta Pendidikan 1996 bertujuan untuk memantapkan sistem Pendidikan kebangsaan untuk generasi akan datang.  Hal ini demikian sejajar dengan cita-cita dan kehendak untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun akta Pendidikan 1996 merupakan salah satu perundangan baru, akan tetapi ia menunjukkan kesinambungan Hasrat dan dasar Pendidikan yang sedia telah sedia ada. Tambahan pula, ianya berpandukan kepada perakuan-perakuan utama Penyataan Razak 1956 yang menjadi asas dasar Pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga sedikit sebanyak mengekalkan peruntukan yang masih sesuai digunakan daripada Akta Pelajar 1961. Penggubalan undang-undang (akta Pendidikan 1996) bertujuan untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai Pendidikan. Oleh itu, akta Pendidikan 1996 memperkenalkan lagi banyak peruntukkan perundangan (legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dalam memenuhi kehendak atau Hasrat wawasan 2020, bagi mengambil kira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

   Fungsi akta Pendidikan 1996 adalah usaha dalam menekankan penggunaan sains dan teknologi dalam Pendidikan. Hal ini demikian kerana,  sejajar dengan abad ke-21, era digital dan teknologi maklumat telah berkembang pesat dan meluas dengan menyaksikan bidang tumpuan utama dalam Pendidikan perlu diselaraskan kepada teknologi dan orientasi pengeluaran serta pasaran. Tambahan pula usaha ini merupakan suatu strategi Pendidikan negara yang baru dikehendaki untuk melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran mengahadapi cabaran baru contohnya lebuhraya maklumat, internet dan pengaruh ruang siber. Justeru, sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan Pendidikan sains dan teknologi, Pendidikan Teknik akan  dipertingkatkan di sekolah menengah Teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartaraf ke sekolah Teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program Kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengandalikan kursus Teknik,vokasional atau program Latihan, termasuk program pertukaran. Matlamatya ialah membantu mewujudkan satu sistem Pendidikan negara yang baru dan boleh menghadapi alaf baru.

     Selain itu, memartabatkan Bahasa melayu sebagai Bahasa kebangsaan merupakan antara fungsi akta Pendidikan 1996. Hal ini demikian kerana,kedudukan Bahasa melayu diperkukuhkan dengan peruntukannya sebagai Bahasa pengantar utama dalam sistem Pendidikan kebangsaan dan mata pelajaran teras. Bahasa melayu menjadi mata pelajaran wajib bagi yang tidak menggunakan Bahasa melayu sebagai Bahasa melayu sebagai Bahasa penghanta, dan Bahasa melayu merupakan matapelajaran wajib lulus dalam peperiksaan pada masa kini. Bahasa kebangsaan iaitu Bahasa melayu di gunakan di setiap sekolah dan dijadikan sebagai Bahasa pengantar sebagai contoh sekolah kebangsaan di Malaysia menggunakan Bahasa pengantaraan dengan sekolah yang lain. Hal ini sejajar dengan kesusaian Pendidikan abad-21. Tambahan pula, setiap sekolah mewajibkan Bahasa melayu sebagai mata pelajaran wajib yang diajar di semua sekolah dan institusi Pendidikan dimalaysia. Hal ini supaya pelajar Malaysia yang berbilang kaum menguasai Bahasa melayu dan boleh bertutur dengan jelas dan difahami. Seksyen 17(2) telah memperuntukkan Bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di sekolah.

     Seterusnya, fungsi akta Pendidikan 1996 adalah menyatupadukan perpaduan kaum di Malaysia. Seperti mana yang kita tahu, Pendidikan di Malaysia melibatkan pelbagai kaum antaranya kaum melayu, kaum india dan kaum cina. Hal ini demikian,sejajar dengan abad ke-21 iaitu salah satu tujuan utama akta Pendidikan 1996 adalah untuk menyatupadukan kaum melalui Pendidikan. Sebagai contoh, akta Pendidikan 1996 telah memperkenalkan kokurikulum keinsanan, menerapkan mata pelajaran pelbagai budaya di semua sekolah dan hapuskan manopoli sesuatu kaum. Tambahan pula, menyadari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-peminpin negara yang terdahulu, akta Pendidikan 1996 telah mengambil kira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah dan juga 60 buah sekolah menengah. Setiap warganegara Malaysia berhak mendapat peluang Pendidikan yang adil dan sama rata tanpa mengira kaum dan budaya. Peluang untuk belajar juga diberi  kepada semua golongan rakyat tanpa mengira latarbelakang sama ada meraka bukan kaum melayu. Namun begitu, terdapat juga sekolah jenis cina dan sekolah jenis tamil yang menerima pelajar yang berkaum melayu untuk mendapatkan Pendidikan di sekolah mereka. Oleh itu, fungsi akta Pendidikan 1996 ini sesuai dengan Pendidikan atau pembelajaran abad ke-21.

      Di samping itu, menitikberatkan ilmu pengetahuan dalam Pendidikan juga merupakan antara fungsi akta Pendidikan 1996. Hal ini demikian kerana, akta Pendidikan 1996 telah menitikberatkan ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara di Malaysia kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan. Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke hingga ke akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun  Sejajar dengan Pendidikan abad ke-21 kerana setiap pelajar perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dan lain-lain. Penubuhan Pendidikan pra sekolah dan juga Pendidikan rendah bertujuan untuk mendapat Pendidikan awal bagi memperolehi ilmu pengetahuan awal kepada mereka. Tambahan pula, Pendidikan awal ini mewujudkan dan meningkatkan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Oleh itu, akta Pendidikan 1996 memainkan akan menitikberatkan ilmu pengetahuan dalam Pendidikan bagi mencapai matlamat selaras dengan Pendidikan abad ke-21.

       Kesimpulannya, kemajuan sesebuah negara bergantung kepada sistem Pendidikan selain daripada kestabilan politik, ekonomi, kebudayaan dan sistem nilai mayarakat. Tanpa Pendidikan yang sempurna dan mantap, akan terhasillah bentuk Pendidikan yang pelbagai corak serta tidak sempurna sifatnya. Oleh yang demikian, negara akan mengalami pelbagai masalah termasuk masalah perpaduan dan pembangunan. Oleh itu, dengan wujudnya akta Pendidikan 1996 ini merupakan panduan untuk negara dalam menyatukan kepelbagaian bentuk dan corak Pendidikan yang seimbang kepada semua masyarakat.

Saturday, May 1, 2021

Peranan Akta Pendidikan 1996 Terhadap Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

Perbezaan antara Akta Pendidikan 1991 dan 1996


       Dalam setiap penyata yang digubal masih ada lagi kelemahan dari segi beberapa perkara yang dihadapi dalam suasana semasa dan dalam kehidupan masyrakat yang berbilang bangsa. Maka Akta Pendidikan 1996 diperkenalkan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam penyata pendidikan sebelum ini. Akta Pendidikan 1996 telah menggariskan beberapa perkara. Antaranya ialah mengutamakan ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa. Tujuan Pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia terutama generasi muda menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang bersaing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

   Seterusnya, peranan Akta Pendidikan 1996 adalah dapat membentuk sistem pendidikan yang sistematik. Konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Sistem pendidikan dimantapkan meliputi semua peringkat persekolahan. Pendidikan khas diberi tumpuan. Akta ini juga menjadikan pendidikan sebagai sebuah alat yang dapat membantu perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu serta mampu membentuk perpaduan rakyat walaupun terdiri daripada pelbagai kaum di samping dapat mewujudkan sebuah negara yang aman dan damai.

     Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial dan kekuatan rohani, moral dan etika melalui kelestarian pendidikan. Kurikulum yang dilaksankan di sekolah mengupayakan murid menguasai pelbagai kemahiran. Kelestarian pendidikan yang meliputi pendidikan teknik, pendidikan khas juga diambil berat dalam sistem pendidikan di Malaysia. Justeru itu, dapat melahirkan murid yang berdaya fikir lestari yang bersikap responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan harian. Selain tu, dapat mempersiapkan murid bagi menghadapi cabaran dan isu semasa di peringkat tempatan, negara dan antarabangsa.

    Selain itu, memelihara hak setiap warganegara untuk mendapatkan peluang pendidikan yang adil dan sama rata tanpa mengira kaum dan budaya. Penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap golongan rakyat bagi memperolehi kejayaan dalam pendidikan tanpa mengira latar belakang ataupun kedudukan mereka sama ada di bandar ataupun luar bandar.

    Akhir sekali, antara peranan Akta Pendidikan 1996 adalah memartabatkan Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu diperkukuh dengan peruntukannya sebagai Bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan dan mata pelajaran teras. Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain Bahasa Kebangsaan, maka Bahasa Kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu selari dengan seksyen 17(2),  memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.

      Kesimpulannya, untuk memastikan peningkatan dalam sistem pendidikan negara dari peringkat sekolah rendah hinggakan keperingkat sekolah menengah setiap pihak perlulah memainkan peranan. Peranan kerajaan sangat penting dalam memastikan sistem pendidikan mempunyai kualiti sejajar dengan kemajuan yang diperolehi negara pada masa kini. Melalui Akta Pendidikan 1996 sistem pendidikan di Malaysia kini mengalami pengurusan yang sangat sempurna dan mampu meningkatkan kualiti pembelajaran para pelajar.


     
 
Penambahbaikan Sistem Pendidikan Negara melalui benchmark antarabangsa? Adakah ia berhasil? Mari kita lihat video di atas

Implikasi Akta Pendidikan 1996 Terhadap Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

Kesan Positif

      Implikasi positif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan Pendidikan di Malaysia ialah berlaku perluasan sistem Pendidikan swasta terutamaya di peringkat tinggi. Pendidikan swasta ditubuhkan bagi menampung bilangan pelajar yang layak menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan dapat kurangkan aliran wang keluar. Antara contoh pendidikan swasta yang ditubuhkan ialah Universiti Multimedia dan Universiti Teknologi Petronas yang memberi peluang kepada rakyat untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai peringkat. Pendidikan ini terus berkembang secara sistematik dengan memperuntukan wang yang spesifik. Hal ini bertujuan untuk membantu melahirkan insan yang berilmu dan berupaya memajukan kehidupan yang memenuhi aspirasi negara.

    Seterusnya, pendidikan khas mula diberi perhatian juga adalah implikasi positif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Pendidikan khas diberi tumpuan bagi membantu meningkatkan potensi diri, keyakinan diri, kemahiran diri dan keupayaan untuk berdikari dalam kalangan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan memberi peruntukkan khas kepada golongan ini. Bukan itu sahaja, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengambil langkah cekap untuk menyediakan sekolah yang sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut seperti Sekolah Pendidikan Khas dan Pendidikan Inklusif. Dengan adanya pendidikan khas ini turut membantu mengeratkan hubungan dan komunikasi antara kaum Melayu, Cina, India dan bumiputra lain.

    Selain itu, pihak kementerian pendidikan Malaysia turut mewujudkan Pendidikan prasekolah awal kanak-kanak bagi warganegara yang berumur enam tahun. Pada tahun 2003, kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan dan telah ditukar kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Pendidikan ini diwajibkan menggunakan garis panduan kurikulum prasekolah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan pendidikan ini berjalan dengan lancar, memelihara hak asasi kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran kanak-kanak seperti membaca, mengira dan menulis serta menanam nilai positif dalam diri mereka. Antara Pendidikan prasekolah yang mendapat pengiktirafan KPM ialah KEMAS, PASTI dan PERMATA.

   Disamping itu, implikasi positif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia menyebabkan pendidikan teknik dipertingkatkan. Pihak kerajaan tertumpu kepada meningkatkan kemahiran dan praktikal dengan membolehkan politeknik mengadakan program dengan kerjasama mana-mana institusi, perbadanan dan organisasi perindustrian. Mengadakan program berkembar kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi sama ada di dalam dan luar negara serta lebih cenderung kepada pendidikan sains dan teknologi bagi memenuhi tenaga kerja dalam industri.

Kesan Negatif

  Menjadikan pendidikan sebagai suatu perniagaan ialah implikasi negatif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Pihak swasta yang telah menjadikan pendidikan sebagai perniagaan dengan melabur untuk mendapat keuntungan dengan mengenakan bayaran tinggi kepada ibu bapa yang hendak mendaftar anak mereka. Sebagai contoh, mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RM1,000 hingga RM 2,000 manakala yuran IPTS mengenakan RM 50,000 hingga RM200,000. Dengan jumlah yuran yang telah ditetapkan dapat disumpulkan bahawa pihak ini menjadikan pendidikan sebagai perniagaan untuk memperoleh keuntungan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengenakan kawalan yuran di institusi pendidikan swasta, memperluaskan pendidikan percuma dan menubuhkan banyak bangunan wakaf agar semua golongan berhak pendapat pendidikan.

    Selain itu, menyukarkan pembentukan bangsa Malaysia juga adalah implikasi positif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, penggunaan bahasa inggeris dan bahasa ibunda semakin banyak digunakan dalam kalangan masyarakat sehingga meminggirkan martabat bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Keadaan ini menyebabkan bangsa Malaysia sukar untuk dibentuk di negara ini. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menguatkuasakan lagi penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi dan memperkenalkan subjek silang budaya. Hal ini bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu agar terus berkembang di mata dunia.

   Tambahan pula, implikasi negatif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia menyebabkan penswastaan pendidikan berlaku. Pendidikan bukan lagi sepenuhnya di bawah kerajaan kecuali sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Keadaan ini juga menyebabkan standard kurikulum di Malaysia tidak sama dan taraf pendidikan juga berbeza serta pelajar menduduki jenis peperiksaan berbeza. Sebagai contoh,penubuhan tadika swasta, sekolah swasta, sekolah antarabangsaa, pusat latihan kemahiran swasta, kolej swasta dan Institusi Pendidikan tinggi swasta(IPTS). Dengan itu, pihak kerajaan telah membuat kawalan terhadap institusi swasta dan memperluaskan peranan kerajaan dan majikan untuk membangunkan pendidikan percuma.

     Akhir sekali, berlaku pengangguran dalam kalangan masyarakat. Pengangguran tinggi disebabkan persaingan yang sengit antara pelajar yang mendapat pendidikan. Pihak kerajaan perlu memperbanyakkan program pendidikan yang menawarkan kursus pragraduan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Bukan itu sahaja, penggunaan bahasa asing semakin berluasan kerana sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat mengekalkan penggunaan bahasa asing dalam sistem pembelajaran mereka. Bagi mengatasi perkara ini, KPM telah mewajibkan Bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran yang perlu dipelajari di semua pusat pendidikan swasta.

Implikasi Akta Pendidikan 1996

Friday, April 30, 2021

Cabaran-cabaran Utama Dalam Pelaksanaan Akta Pendidikan 1996


     Untuk menjadikan Pendidikan di negara menjadi lebih baik Akta Pendidikan 1996 telah digubal dan telah diluluskan  oleh Yang Di-pertuan Agong pada Ketika itu sebagai Undang-undang pendidkan di negara kita yang baharu mengantikan Akta Pelajaran 1961. Namun sehingga kini masih terdapat pelbagai cabaran yang perlu kita  hadapi dalam pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 ini.

    Antaranya cabaran yang kita hadapi adalah dalam pengurusan sumber manusia kerana berlaku isu ketidakseimbangan jantina dalam pencapaian akademik di negara kita. Kita melihat unjuran yang berlaku pada hari ini dimana golongan wanita lebih mendominasi Insitusi Pendidkan Tinggi dibandingkan dengan golongan lelaki yang lebih gamar untuk terus berkerja setelah menamatkan persekolah di peringkat menengah. Ini terbukti dengan statistik pada tahun 2017 ke IPTA yang dikeluarkan oleh Astro Awani  pada 13 Disember 2018.

Sumber: Astro Awani

     Selain itu, perubahan  minda rakyat Malaysia yang masih melihat pendidkan ini sebagai satu alat untuk mendapatkan pekerjaan dan jawatan dan pada akhirnya pendidkan di negara kita masih gagal mengeluarkan graduan  yang mampu untuk berdikari dalam mencipta peluang pekerjaan. Kesan yang kita dapat lihat pada hari ini adalah penganguran dalam graduan sangatlah tinggi di negara kita. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia graduan yang mengangur pada tahun 2018 bilangan siswazah menganggur pada 2018 adalah seramai 162.0 ribu orang, meningkat 4.6 peratus daripada 2017 (154.9 ribu orang). Ini adalah statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2018 yang melibatkan graduan dalam semua bidang  di Malaysia.


Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia


    Seterusnya, sumber kewangan yang masih tidak mencukupi untuk menjadikan pendidkan di nagara  maju dan lebih kondusif . Walaupun pendidikan  menerima peruntukan terbesar daripada Parlimen setiap kali Bentangan Bajet  Belanjawan iaitu antara 18-22 peratus tetapi dilihat masih lagi belum mengcukupi. Contoh yang paling mudah dilihat pada hari ini adalah apabila Ketika negara sedang menghadapi pendemik Covid-19 dimana pembelajaran secara dalam talian menjadi pilihan utama berbanding secara bersemuka namun atas faktor kekurangan dana pihak kementerian masih belum bersedia untuk menyediakan alatan pembelajaran seperti tablet dan laptop kepada pelajar  terutama kepada pelajar-pelajar yang berada dikawasan pendalaman.

     Cabaran lain yang dihadapi untuk melaksanakan akta ini adalah menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengatar. Walaupun setelah 64 tahun Malaysia merdeka dan 44 tahun perlaksanaan sepenuhnya dasar  Bahasa Melayu telah menerima tamparan hebat apabila Akta Institusi Pengajian 1996 dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta telah dilususkan  dimana Bahasa Inggeris dibenarkan digunakan sebagai bahasa pengantar dimana-mana insitusi Pengajian Tinggi. Sepatutnya Bahasa Kebangsaan mestilah  menjadi bahasa pengantar di semua insitusi pendidikan didalam langkah kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan .

      Cabaran yang terakhir dapat kita lihat adalah isu perpaduan kaum di negara kita. Kita sedia maklum bahasa masyarakat di negara kita adalah masyarakat yang majmuk yang terdiri daripada pelbagai  suku kaum dan bangsa. Maka salah satu tujuan Akta Pendidkan digubal adalah untuk penyatukan semua kaum di Malaysia melalui Pendidikan. Namun sehingga hari ini masih ada tanda-tanda kelemahan dan hubungan kaum di Malaysia . Kita dapat melihat apabila setiap kaum masih dengan sikap kaum masing-masing kerana masih mengekalkan identiti kaum sendiri dan apabila  Pendidikan masih mengikut kaum apabila dilihat pada hari ini kaum cina lebih maju dalam bidang pendidkan di banding  kaum melayu.

     Kesimpulannya, walaupun kita menghadapi pelbagai kesukaran dan cabaran dalam melaksanakan  Akta Pendidkan 1996 ini tetap kita percaya pihak kerajaan pasti akan memperkenalkan seribu satu cara untuk kita mengatasi semua cabaran-cabaran ini pada masa akan datang.

Suara parlimen "Dasar Baru Pendidikan Perlu Mendepani Cabaran Semasa"

Eh sekejap belum habis lagi... sabar yeee...Yang terakhir adalah rumusan








Fungsi Akta Pendidikan Dan Kesesuaian Pendidikan Abad-21

Apa itu Akta Pendidikan 1996? Kenapa perlu wujud akta ini?😵 Sama seperti Akta 174 ke? Jom kita tengok mind map dekat bawah Konsep Akta Pend...